Pesawat Vintaj Terhempas Ketika Aksi Pertunjukan Udara, 11 Maut


LONDON - Seramai 11 orang maut apabila sebuah pesawat vintaj tentera terhempas di atas jalan raya yang sibuk berdekatan kawasan pertunjukan udara di pantai selatan England, kata polis, kelmarin. 

Tujuh kematian sudah disahkan selepas pesawat Hawker Hunter yang direka pada 1950-an, gagal membuat aksi dan terhempas di atas jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighton pada Sabtu. 

Nahas berkenaan menyebabkan percikan api dan disusuli asap tebal serta hitam ke udara manakala gambar selepas kejadian menunjukkan beberapa kenderaan turut terbakar. 

LETUPAN yang besar kelihatan apabila pesawat vintaj tentera tahun 1950-an Hawker Hunter, terhempas di atas jalan raya bersebelahan kawasan pertunjukan udara Shoreham dekat Brighton. - Foto EPA
Juruterbang pesawat Hawker Hunter, yang bertugas di British Airways, dilaporkan dalam keadaan kritikal di hospital. 

Sementara itu, antara mereka yang terkorban dalam kejadian berkenaan ialah dua pemain bola sepak amatur yang dalam perjalanan ke tempat perlawanan bola manakala sebuah kereta vintaj turut mengalami kerosakan ketika dalam perjalanan untuk mengambil pengantin. - AFP