Pesaway Rejim Zionis Israel Laknatullah Bedil Gaza Lagi

Pihak berkuasa Palestin memeriksa kesan kemusnahan susulan serangan udara yang dilancarkan Israel ke atas selatan Genting Gaza baru-baru ini
GENTING GAZA - GAZA . Rejim Zionis bertindak membedil wilayah Gaza kononnya sebagai respons terhadap roket yang dilancarkan ke selatan Israel.

Menurut saksi, serangan terbaharu itu menyasarkan kemudahan pembuatan senjata Hamas yang terletak di tengah Genting Gaza.

Bagaimanapun, tiada kematian atau kemusnahan dilaporkan dalam kejadian itu.

Dalam satu kenyataan, tentera Israel memaklumkan serangan udara itu dilancarkan beberapa jam selepas roket dibedil di kawasan lapang di Majlis Wilayah Eshkol.  

Pada awal bulan lalu, satu serangan balas telah dilancarkan ke Genting Gaza dan turut mencederakan dua anggota Hamas. - Press TV