Rita Rudaini Bosan, Aidil Asyik Ponteng Gagal Hadir Ke Mahkamah

Rita Rudaini
Sengketa yang berlarutan antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan masih lagi tidak menemui titik nokhtah.
Malah, sikap berdolak-dalih Adil dalam menyelesaikan masalah bersama sebagaimana yang didakwa Rita sebelum ini sering mengundang tanda tanya ramai peminat.
Aidil yang juga merupakan seorang pemain bola sepak terkenal itu dikatakan sering kali gagal hadir ke mahkamah hingga menyebabkan perbicaraan antara mereka asyik tertunda.
Perkara itu didedahkan oleh Rita baru-baru ini  yang memuat naik gambar ketika berada di mahkamah menerusi laman Instagramnya.
Rita-Rudaini-Bosan-Bekas-Suami-Gagal-Ke-Mahkamah-Lagi-ROTIKAYA_in
Rita menerusi kapsyen meluahkan perasaan bosannya dengan sikap Aidil yang tidak hadir hingga membuatkan perbicaraan tertunda dan memaksa dirinya turun naik mahkamah.
Pendedahan Rita mendapat reaksi peminatnya yang turut mempersoalkan tindakan Aidil tidak mahu menyelesaikan perkara ini dengan cepat.
Jika dimbas beberapa babak konflik mereka sebelum ini, Aidil pernah mendakwa bekas isterinya itu hanya pandai bersandiwara.
aidil-zafuan-bidas-rita-rudaini
Namun, melihat situasi yang berlaku kini tidak tahu sampai bila episod antara Rita dan Aidil akan berakhir.