Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak |
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dalam satu kenyataaannya hari ini menafikan dakwaan Tun Dr Mahathir bahawa ketika zaman pemerintahannya dahulu mantan Perdana Menteri itu kononnya cuma membelanjakan RM10 juta untuk setiap pilihan raya umum yang dibuat.
Ujar Najib lanjut, beliau sepanjang hayatnya sebelum ini sering mempertahankan Dr Mahathir, namun kenyataan terbaru bekas Presiden UMNO itu disifatkannya perlukan munasabah untuk dipercayai.
Memetik laporan Malaysiakini, Najib berkata, perbelanjaan untuk deposit bagi setiap kawasan sahaja memperuntukkan sejumlah RM41 juta.
“Itu dah lebih RM10 juta,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Kepala Batas, hari ini.
“Itu tak termasuk berapa banyak baju T dan mesyuarat lagi.
“Nak kritik pun kena ada asas dan mesti masuk akal. Ia tidak logik dan rasional. Oleh itu, saya akan betulkan keadaan.” sambung Najib.
Sebelum ini, Tun Dr Mahathir mendakwa kononnya hanya menggunakan sebanyak RM10 juta sahaja untuk menghadapi pilihanraya umum di zaman pentadbirannya selama 22 tahun. -Kedahnews.com