Salma Hayek Kongsi Tips Kekal Cantik Minum Air Rebusan Tulang Lembu

Salma Hayek
Aktres Salma Hayek menyifatkan pembedahan plastik dan suntikan botoks bukan caranya untuk kekal cantik.

Sebaliknya, dia lebih senang mengamalkan minum air rebusan tulang lembu untuk mendapatkan kecantikan yang lebih asli.

"Sekarang ini saya membuat sesuatu benda yang sangat menyeronokkan iaitu membuat air rebusan tulang lembu.

"Saya satukan tulang-tulang lembu dalam periuk dan memasaknya dalam tempoh masa yang lama.

"Ia penuh dengan lemak dan gelatin, bagus untuk kesihatan dan membuatkan kita lebih awet muda," katanya kepada portal people.com.

Selain itu aktres itu juga menjalani ruti bersenam setiap pagi untuk kekal cergas.