Detik majlis perkahwinan Izzu Islam dan isteri, Awin Nurin |
Gara-gara menetapkan pendirian untuk tidak bersentuh dengan bukan mahram ketika berlakon, pelakon popular yang juga anggota kumpulan Forteen iaitu Izzue Islam terpaksa berhadapan dengan pelbagai persepsi peminat dan kontroversi yang timbul mengaitkan isterinya, Awin Nurin.
Antara tohmahan yang menjadi buah mulut dalam industri hiburan adalah Awin selaku pengurus mempunyai sikap tidak professional kerana cemburu dan suka mengongkong.
Sabar dengan segala kritikan, Awin sebelum ini turut menyatakan perasaan kesal berhubung segala tohmahan terhadap dirinya.
Bagi Izzue Islam pula, keputusannya ini adalah tepat bagi menjaga statusnya sebagai seorang suami serta memenuhi tuntutannya sebagai seorang yang beragama Islam.
“Saya bukan nak berlagak alim atau tunjuk bagus tetapi ia hak peribadi dan amat berharap ia dihormati.
“Saya mengambil pendirian ini bagi menjaga hati isteri dan keluarga selain ingin menjaga status sebagai seorang suami dan tuntutan sebagai seorang Islam.
“Alhamdulillah, perkara ini akhirnya dipermudahkan sedikit demi sedikit. Bagi saya prinsip ini semua saya buat atas nama agama Islam, selain status saya sendiri.
“Apa-apa pun yang saya lakukan perkara sebegini tidak boleh diambil mudah dan ia memang berkait rapat dengan agama,” katanya yang dipetik dari Berita Harian.
Dalam pada itu, aktor kacak ini mengakui pada awalnya tidak semua pihak menerima pendiriannya itu namun lama kelamaan diterima oleh pihak produksi, pengarah dan peminatnya. -Kedahnews.com