Indah Ruhaila |
KUALA LUMPUR - Penyanyi Indah Ruhaila akui terkesan dengan tuduhan berlagak diva yang dilabelkan kepadanya menerusi ruangan pojok Kak Pora sisipan B*Pop (BH Ahad) minggu lalu.
Indah, atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein, 27, berkata dia kini lebih berhati-hati dengan setiap tindak tanduk agar tidak disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
"Sejujurnya saya terkejut kerana secara tiba-tiba saya terpalit dengan kontroversi itu. Namun mungkin ada kata-kata saya menyinggung mana-mana pihak secara tidak sengaja.
"Saya masih sama macam dulu. Bukan mudah untuk saya berada di tahap sekarang ini. Saya akan lebih berhati-hati dalam setiap perkara dilakukan supaya tidak ada pihak terasa hati," katanya kepala BH Online. F
inalis Anugerah Juara Lagu ke-29 dan top 5 Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH 2014 itu berharap pihak yang mengenali dan pernah berurusan dengannya tidak pantas menjatuh hukuman serta mencipta spekulasi sendiri.
Dalam perkembangan lain, pelantun lagu Percayalah itu berkata dia berasa teruja dipilih membuat persembahan di Festival Filem Malaysia yang ke-27 (FFM 27) yang bakal bersiaran secara langsung pada 5 September ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, jam 8.30 malam.
"Saya bakal menyampaikan dua lagu menerusi filem Ali Setan dan Jiwa Remaja bersama Hazama. Kami sudah melakukan latihan menjelang FFM 27 tidak lama lagi.
"Walaupun menyampaikan lagu-lagu lama, susunan lagu ditukar bagi menyuntik nafas baru untuk persembahan pembukaan itu nanti," kata Indah.
FFM 27 akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria dan siaran tertunda menerusi RTM.
Sumber: Berita Harian