Siapa Yang Baca Buku Dalam Bas Akan Diberi Tambang Percuma

Gambar Hiasan
Tabiat membaca merupakan satu amalan yang mulia dan sangat memberi manfaat kepada umat manusia.

Malah, ayat pertama yang diwahyukan Allah SWT kepada Rasulullah SAW dahulu menyuruh baginda untuk membaca, "Iqraq..". 

Namun dengan kepesatan teknologi, jarang kita dapat melihat situasi di mana masyarakat sekarang lebih senang berkepit dengan buku, sebaliknya mata masing-masing lebih tertancap dan terpana pada skrin telefon pintar.

Lebih malang lagi, umat Islam di zaman ini lebih tertarik kepada permainan "games" yang melekakan, sebaliknya budaya membaca semakin mendapat perhatian di kalangan golongan bukan Islam di luar negara yang sedar tentang manfaat berguna tersebut.

Bagi mengembalikan tabiat membaca, seorang lelaki dari Romania, Victor Miron telah mengemukakan cadangan agar sesiapa yang membaca buku di dalam bas, tidak perlu membayar tambang perjalanan.

Cadangannya itu kemudian dipersetujui majlis perbandaran sebelum ia mula dilaksanakan Jun lalu.

Mengakui dirinya seorang pembaca buku tegar, Miron berkata, cara itu diharap dapat mengembalikan minat membaca di kalangan masyarakat di sana.

“Saya percaya adalah lebih baik kita memberikan kelebihan dan keistimewaan kepada sesiapa yang membaca, daripada kita asyik mengkritik mereka yang tidak melakukannya, itu adalah lebih baik,” katanya.

Miron turut melancarkan satu lagi kempen, Bookface, yang mana sesiapa yang meletakkan gambar membaca sebagai foto profil mereka di Facebook, mereka akan diberikan diskaun untuk perkhidmatan bas. -Kedahnews.com