Soal Jawab Isu Sumbangan Dana Politik Ke Akaun Atas Nama Najib

Gambar Hiasan
Kami tidak pasti sama ada anda semua faham tentang isu yang sedang hangat diperkatakan ramai pihak, khususnya para penggemar isu politik negara.

Sebab, kadangkalanya ada di kalangan kita yang sibuk mahu bercakap seolah merekalah "champion", padahal apa yang mereka katakan hanyalah sekadar "tin kosong", berfaktakan maklumat palsu, dikutip dari sumber yang meragukan selain dibayangi sikap syak wasangka buruk.

Apapun, di bawah ini kami kongsikan sebuah artikel yang mungkin boleh membantu kita semua untuk mendapatkan kebenaran di sebalik apa yang heboh diperbualkan.

Harap dapat dimanfaatkan: -Kedahnews.com
"Nota ini ditulis untuk anak seorang Menteri Besar yang sibuk menghantar pertanyaan kepada ahli UMNO bukannya kepada bapanya sendiri atau mana-mana pemimpin UMNO di atas. 
1. Adakah sumbangan tersebut dibayar cukai? 
Penerima sumbangan politik dan kebajikan kena bayar cukai?  Boleh tunjuk fasal mana?   
2. Antara fasal dalam peraturan LHDN:
Pendapatan Diremit Dari Luar Malaysia 
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diperoleh dari luar Malaysia dan diterima di Malaysia oleh seseorang individu yang bermastautin dan diremitkan ke Malaysia dikecualikan daripada cukai pendapatan. 
3. Adakah bank negara tahu?  
Bank Negara tahu kemasukan wang tersebut kerana setiap transaksi besar akan dimaklum kepada bank negara. Malah akaun peribadi PM semua dimaklumkan kepada Bank Negara. 
4. Bukankah ini rasuah? 
Rasuah jika anda memiliki harta secara tidak sah, disembunyikan atau menerima dari pihak yang mempunyai kepentingan. 
Dalam keadaan ini tiada kepentingan dan tidak disembunyikan dari pihak berkuasa. SPRM telah umumkan tiada unsur rasuah. 
5. Wang tersebut dibelanjakan ke mana?  
Bukan masalah anda. Ini hanya isu antara penderma, penerima dan MT UMNO. 
6. Siapa penderma?  
DAP tidak setuju undang-undang dedahkan sumber dana politik yang dicadangkan oleh PM. Jadi mustahil untuk BN dedahkan sumber mereka sedangkan parti lain enggan. 
7. Kenapa akaun PM? 
Sumbangan diberi untuk kempen pilihan raya dan kerja kebajikan. 
Para penyumbang tahu mereka menyumbang ke dalam akaun Presiden UMNO. Pihak berkuasa juga tahu. Ia bukan akaun yang dibuka secara sembunyi dan menggunakan akaun penyamar. 
Jadi tidak ada apa-apa masalah. Mereka tidak ditipu atau dipesongkan. 
Hendak troll? Teruskan! Jika ia menggembirakan anda. 
Kecewa kerana anda tidak dapat? Selamat bermadah! 
Mahu maki dan hina Najib Razak kerana bersangka buruk? Fikirlah anda agama apa. - MYKMU.NET