SPRM, Mustafar Kecam Malaysiakini Buat Laporan Tidak Benar Pada Rakyat

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyelar cara pemberitaan portal pro-pembangkang, Malaysiakini.com, yang tidak berasas dan cuba melaga-lagakan SPRM dengan dengan kepimpinan Perkhidmatan Awam serta agensi kerajaan yang lain.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM, Datuk Mustafar Ali menyifatkan laporan MalaysiaKini bertarikh 13 Ogos 2015 di bawah tajuk "MACC files reports against chief sec, PSD head on transfers", sebagai satu tidak berasas dan bermotif tidak baik.



“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dengan sekeras-kerasnya bahawa pegawai-pegawai SPRM ada membuat laporan terhadap Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal di bawah Seksyen 48 Akta SPRM 2009.”

“Sementara SPRM menghargai kerjasama daripada pihak media, SPRM juga berharap pihak media mesti bertanggungjawab dan tidak menyiarkan laporan-laporan yang memetik sumber yang tidak sah,” kata Mustafar Ali, semalam. -Kedahnews.com