Sumbangan Politik Tak Pernah Berbangkit Dalam MT UMNO, UMNO Negeri – Shahrir

Tan Sri Shahrir Abdul Samad
Tradisinya semua Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tidak pernah bertanya, dimaklumkan atau mempersoal sebarang derma dan sumbangan politik kepada akaun “trustee” di atas nama Presiden atau Bendahari parti.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad yang mula menjadi ahli Majlis Tertinggi UMNO sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir berkata, MT UMNO dan juga Badan Perhubungan Negeri tidak pernah dibangkitkan apa-apa tentang sumbangan atau derma politik yang diperolehi oleh Presiden atau bendahari parti.

"Selama saya duduk dalam MT UMNO dan Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.

"Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri dan Bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," jelasnya.

Shahrir berkata demikian dalam satu perbualan whatsapp sebagai respon kepada beberapa pihak yang mempersoalkan sama ada dan politik RM 2.6 Bilion tersebut dimaklumkan telah kepada MT. -Kedahnews.com