Badak Sumbu Sumatera atau Badak Borneo (Dicerorhinus Sumatrensis) - Foto Louise Murray/Robert Harding World Imagery/Corbis |
Spesis Badak Sumbu Sumatera, salah satu spesis badak yang paling unik di dunia, kini dianggap sebagai telah pupus dari rimba Malaysia.
Penemuan itu diumumkan oleh Jurnal Pemuliharaan Antarabangsa ORYX dalam kajian yang diumumkan dalam bulan ini.
Dua ekor badak betina jenis itu ditangkap bagi pembiakan pada tahun 2011 dan 2014 di negara ini merupakan yang terakhir pernah dilihat.
Selain pada dua ekor berkenaan, tidak ada seekor pun Badak Sumbu Sumatera yang dikesan dalam hutan-hutan di Malaysia sejak tahun 2007.
Pengesahan mengenai kali terakhir haiwan berkenaan dijumpai dibuat oleh Muzium Sejarah Asli Denmark melalui satu kenyataan akhbar.
Kelangsungan hidup haiwan unik berkenaan kini bergantung sepenuhnya kepada jumlah di bawah 100 ekor yang dipercayai masih berada di belantara Indonesia.
Namun, jika tidak akan langkah-langkah penjagaan drastik dan menyeluruh diambil, haiwan berkenaan dijangka akan pupus sepenuhnya di negara itu juga tidak lama lagi.
Punca utama kepupusan dipercayai akibat kemusnahan habitat akibat aktiviti pembukaan hutan dan pembalakan, pemburuan dan bilangan spesis yang ada tinggal berjauhan antara satu sama lain. -Kedahnews.com