Corduroy |
Rekod dunia itu dikembalikan kepada kucing yang dipelihara di Sisters, Oregon, Amerika Syarikat ini berikutan kematian pemegang rekod sebelum ini, Tiffany Two, Mei lalu.
Tiffany Two yang memegang gelaran selama tujuh bulan sahaja mati pada usia 27 tahun, dua bulan dan sembilan hari, lapor ABC News.
Corduroy pula menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 pada 1 Ogos lalu.
Sebelum ini Corduroy pernah memenangi anugerah itu, tetapi gelaran itu ditarik balik Oktober tahun lalu apabila pegawai Guinness World Records menyedari mengenai kewujudan Tiffany Two dan usianya.
Pemilik Corduroy, Ashley Reed Okura bangga dengan pengiktirafan kucingnya kali ini.
Beliau percaya kucingnya boleh hidup lama kerana berasal dari gen yang baik.
Sebelum ini, kucing yang paling lama pernah hidup ialah Creme Puff yang mati pada 2005 ketika berusia 38 tahun dan tiga hari. – mStar