Chavali Lakshmi bersama bayinya di wad hospital, semalam. - Foto thehindu.com |
ANDHRA PRADESH - INDIA . Seorang bayi maut selepas seekor tikus memakan mata dan jari seorang bayi yang baru berumur 10 hari di sebuah hospital, semalam.
Menurut Dailymail, tiga kakitangan hospital tersebut digantung kerja berikutan kejadian itu.
Bayi tersebut ditempatkan di Hospital Kerajaan Guntur berkenaan kerana mengalami masalah saluran kencing.
Kejadian tersebut disedari oleh ibu bayi tersebut, Chavali Lakshmi selepas mendapati jari bayinya mempunyai kecederaan seperti digigit.
Mata kiri bayi berkenaan juga rosak akibat digigit.
Ketua Menteri Andhra Pradesh, N Chandrababu Naidu memerintahkan kejadian tersebut disiasat.
Sumber: Sinar Harian