Tips: 7 Cara Untuk Lelaki Kurang Tinggi Jadi Tinggi

Gambar Hiasan
SETIAP wanita pasti mendambakan lelaki yang sempurna di mata mereka untuk menjadi pasangan hidup.
Selain iman dan ketakwaan yang ada pada lelaki tersebut, ciri-ciri lain yang diambil kira termasuklah figura lelaki itu seperti rupa paras serta ketinggiannya.
Selain rupa paras, ketinggian seseorang lelaki itu sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting kerana ia boleh mempengaruhi keyakinan lelaki tersebut.
Namun, tiada apa yang perlu digusarkan, hakikatnya kehadiran lelaki bersaiz kecil molek atau pendek ini boleh dikatakan sebagai satu ‘trend’ terbaharu untuk abad ini.
20-comparative-height
Pendek bukan bermaksud tidak laku mahupun tak menarik perhatian. Lihat sahaja selebriti-selebriti lelaki yang bersaiz kecil di Hollywood seperti Elijah Wood, Daniel Radcliffe, Bruno Mars dan ramai lagi tetapi masih boleh menempa nama serta menambat hati ramai wanita di luar sana.
Walau bagaimanapun, di sini terdapat beberapa tips berguna untuk kaum lelaki yang pendek di luar sana untuk kelihatan lebih tinggi dan tampak segak serta setanding lelaki yang memiliki ketinggian yang sempurna.
1. Gunakan skema warna monochrome 
Menggayakan pakaian dengan skema warna monochrome sangat membantu kaum lelaki yang pendek ini menwujudkan ilusi ketinggian daripada kebiasaannya. Elakkan memakai warna hitam secara keseluruhan kerana ia akan menampakkan anda lebih pendek. Pastikan warna yang lebih gelap berada di bahagian paling bawah dan yang cerah di bahagian atas.
2. Elakkan seluar labuh dan longgar
Pemakaian seluar yang labuh serta longgar akan membuatkan seseorang itu kelihatan dua kali ganda lebih pendek daripada ketinggian asalnya. Pastikan seluar yang dipakai itu berada di garisan pinggang untuk memaksimumkan kepanjangan kaki itu. Penonjolan di bahagian kaki juga memainkan peranan yang penting serta faktor utama untuk kelihatan tinggi. Seluar slim fit atau potongan yang lebih lansing boleh menampakkan kaki lebih panjang sekali gus akan tampak lebih tinggi.
3. Jadikan blazer sebagai pakaian kegemaran
Memakai blazer atau suit akan memberi dua kelebihan kepada lelaki. Pertama ia akan ‘menaikkan’ bahagian bahu sekali gus memberi kesan terbaik kepada ketinggian seseorang. Kemudian, pastikan blazer tersebut sentiasa dibutangkan. Ia akan memberi kesan lebar di bahagian dada serta lansing di bahagian pinggang.
daniel-radcliffe-fan-friendly-after-inishmaan
Daniel Radcliffe kelihatan sering memakai blazer ketika berada di khalayak.
4. Bantuan daripada si tukang jahit 
Tukang jahit sememangnya memainkan peranan yang penting untuk seseorang, tidak kira sama ada tinggi atau pendek. Tapi untuk kelihatan lebih tinggi, pakaian yang sesuai memerlukan nasihat daripada pakar. Pakar atau tukang jahit akan menampakkan seseorang itu tampil dengan lebih kemas. Kebiasaannya, kaum lelaki yang pendek ini menghadapi masalaha ketika mahu membeli pakaian. Ia amat sukar untuk mencari pakaian yang sesuai dan kebanyakkannya akan kelihatan labuh. Jadi dengan bantuan tukang jahit, masalah sedemikian mampu dielakkan.
5. Pastikan baju tidak melebihi bahagian pinggul
Sekiranya lelaki itu pendek, kemeja yang dipakai perlulah dikemaskan serta dimasukkan ke dalam seluar supaya ia tidak kelihatan labuh. Namun, sekiranya ia direka untuk tidak dimasukkan ke dalam bahagian seluar, pastikan baju tersebut tidak melebihi tulang pinggul anda.
6. Elakkan memakai baju berlengan pendek
Apa yang dipakai sedikit sebanyak akan menghasilkan ilusi optik dan baju berlengan pendek akan menampakkan lengan seseorang kelihatan pendek. Jika lengan kelihatan pendek, serba-serbi anggota badan seseorang itu turut akan terjejas. Lelaki yang pendek digalakkan untuk memakai baju berlengan panjang dan jika ia disinsingkan ke atas, ia akan memberikan lebih kesan kepada ketinggian seseorang itu.
bruno-mars-perfect3
Bruno Mars antara selebriti Hollywood yang bersaiz kecil molek.
7. Pakai aksesori yang tidak begitu menonjol
Untuk tampil tinggi di mata seseorang, pastikan aksesori di bahagian bawah dada yang dipakai tidak begitu menonjol. Ia bagi memastikan orang yang memandang itu terus melihat ke bahagian atas badan. 
Penggunaan kasut, jam tangan serta tali pinggang yang sesuai sangat penting. Tumpuan tersebut boleh memberikan tanggapan positif kepada seseorang itu. 
Secara amnya, tips penting di sini adalah semakin gelap dan ringkas di bahagian bawah badan, semakin positif kesan untuk seseorang itu kelihatan lebih tinggi.
Semoga tips yang diberikan serta disarankan ini membantu golongan lelaki kecil molek atau pendek di luar sana untuk kembali merasakan diri mereka setaraf lelaki lain !