Video Viral: Kucing Ini Mampu Sebut "No More"...


Sebelum ini, kita hanya tahu bahawa burung kakak tua, burung tiong dan beberapa spesis mergastua yang dilatih sahaja yang mampu bercakap.

Tapi, mungkin agak aneh bila kita mendapat tahu bahawa ada kucing yang mampu bercakap, bukan?

Video kucing ‘bercakap’ ini yang dipercayai dirakam di Amerika Selatan, dimuat naik di YouTube oleh David Savage, sudah dilhat lebih sejuta kali.

Kucing yang kelihatan tidak selesa ketika dimandikan kedengaran seperti menyebut ‘no more’ kepada pemiliknya yang mahu terus memandikannya.

Betul atau tidak kucing ini ‘bercakap’, kita nilaikan sendiri. -Kedahnews.com