Beijing - Rakaman CCTV laluan pejalan kaki di bandar utama wilayah Harbin, utara China tiba-tiba runtuh membentuk lubang besar menelan empat orang dengan seorang wanita berpegang pada tebing sebelum mereka diselamatkan, tersebar di China sejak semalam.
Menurut stesen televisyen wilayah itu, Heilongjiang Network Broadcasting Television, kejadian berkenaan yang berlaku Sabtu lalu, dirakam CCTV.
Tiga orang jatuh ke dalam lubang, seorang wanita berpaut pada paip dan seorang lagi yang sedang berdiri di tepi tebing terjatuh ke dalam lubang.
Mangsa terbabit dipercayai sedang menunggu bas kerana lubang berkenaan berlaku berhampiran perhentian bas.
Orang ramai berjaya menarik keluar semua mangsa dari dalam lubang sedalam kira-kira tiga meter itu dan mereka bernasib baik kerana hanya cedera ringan. - AP