Wan Azizah Galakkan Masyarakat Marah Pada Hari Himpunan Bersih 4.0

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
ALOR SETAR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seolah menghasut seluruh rakyat Malaysia untuk meluahkan api kemarahan masing-masing pada tarikh 29 dan 30 Ogos ini, ketika himpunan Bersih 4.0 dijangka berlangsung.

Beliau dalam satu kenyataannya merayu kepada seluruh rakyat Malaysia supaya bangkit menunjukkan kemarahan melalui demonstrasi jalanan bagi melumpuhkan kerajaan pada 29 dan 30 Ogos ini untuk membuka peluang kepada pesalah kes liwat itu dibebaskan.

"Masanya telah tiba untuk rakyat Malaysia menyuarakan kemarahan. 

"Marilah kita bersama-sama bangkit dan turut serta dalam perhimpunan Bersih 4 di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu pada 29 dan 30 Ogos ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Wan Azizah bagaimanapun memberi alasan kepada orang ramai perhimpunan itu kononnya bukan bertujuan untuk membebaskan Anwar, namun sebaliknya adalah untuk menyelamatkan rakyat Malaysia yang kononnya sedang ditindas secara zalim oleh kerajaan.

Beliau mendakwa, perhimpunan itu juga kononnya bertujuan menyelamatkan negara yang kini diambang kemusnahan yang mengancam masa depan generasi masa depan Malaysia.

“Faktor terpenting dalam usaha ini ialah kemahuan dan kemarahan rakyat. Adakah kita mahu anak cucu kita terus hidup ditindas dan dibelenggu pelbagai masalah yang kita hadapi hari ini,” dakwanya. -Kedahnews.com