Wanita Bakar Alat Sulit Kekasih Gara-Gara "Kantoi" Curang...


Seorang lelaki mendapat pengajaran yang paling berharga. Jangan curang terhadap kekasih jika tidak mahu menerima kejutan amat menyakitkan.

Dalam rakaman video selama 30 minit yang dirakamkan oleh seorang wanita, dia telah membakar seluar dalam yang dipakai teman lelakinya, tepat di bahagian alat sulit lelaki itu.

Wanita itu yang tidak kelihatan wajahnya, secara senyap mengalihkan selimut menutupi teman lelakinya dan kemudian menuangkan cecair pencuci pengilat kuku ke atas seluar dalam dekat kawasan kemaluan lelaki itu.


Dia kemudiannya menyalakan api dan membakar seluar dalam berkenaan. Hanya dalam beberapa saat, lelaki itu terbangun dari tidur sambil menjerit kesakitan.

“Kau menipu aku, kau tidur dengan pekerja aku, kau ingat aku tak tahu?,’’ jerit wanita itu.

“Ambil barang kau dan nyah dari sini,’’ katanya dalam nada marah.

Lelaki itu kemudiannya terjatuh dari katil. Rakaman aksi itu kemudiannya terhenti.

Tidak diketahui apa yang berlaku selepas itu namun kejadian dipercayai mungkin berlaku di luar negara. -Kedahnews.com