Kiran Gandhi (tengah) |
LONDON – Seorang wanita yang dalam haid memutuskan untuk berlari dalam pertandingan maraton tanpa memakai tuala wanita, hanya semata-mata untuk menggalakkan kaum wanita supaya tidak berasa malu sebaliknya berbangga dengan keadaan itu.
Kiran Gandhi, 26, menyertai London Marathon dan sepanjang 26 batu berlari, dia tidak memakai tuala wanita, menyebabkan darah haidnya mengaliwanitr dan membasahi seluar.
"Saya berlari dengan darah mengalir dan menitik di kaki. Ia adalah untuk kaum wanita yang tidak mempunyai akses kepada tuala wanita dan wanita, yang meskipun mengalami kesakitan akibat sengugut, tetapi terpaksa menyembunyikannya serta berpura-pura ia tidak berlaku," katanya.
Kiran yang juga graduan Harvard Business School juga berkata, terdapat stigma bahawa haid adalah tidak wajar, justeru beliau mahu mengubahnya.
Selepas menamatkan larian dalam masa empat jam, 49 minit dan 11 saat, Kiran memberitahu majalah Cosmopolitan bahawa beliau berasa mendapat tenaga melaluinya.
Namun menurut Islam, darah haid dikategorikan sebagai "najis ainiah" di mana ia hendaklah dicuci sehingga tiada lagi sebarang sifat warna, bau dan rasa. Seterusnya, hendaklah dialirkan air mutlak sekurang-kurangnya sekali untuk memastikan najis mutawasitah berkenaan hilang secara mutlak.
Daripada Asma RadhiAllahu 'Anha menyatakan, telah datang seorang perempuan kepada Rasulullah SAW lalu berkata: "Apa pandanganmu tentang darah Haid yang terkena pakaian."
Nabi saw bersabda: "Hilangkan kesan darah tersebut, kemudian gosokkan dengan air, kemudian basuhlah ia, kemudian kamu sembahyanglah dengannya". (Riwayat Al-Bukhari)
Justeru itu, Kedahnews.com mencadangkan kepada umat Islam, khususnya golongan Hawa jelas tentang hukum-hakam yang ditetapkan Allah SWT dan merujuk kepada para ulama muktabar sekiranya terdapat kemusykilan mengenainya. Wallahu'alam. -Kedahnews.com