Wanita Sanggup Habis RM9,500 Beri Kaki Palsu Untuk Ayam Bertuah

Cecily
Seekor ayam betina sangat bertuah apabila pemiliknya yang merupakan seorang wanita sanggup berhabis beribu ringgit bagi memastikan ia mendapat kaki palsu bagi menggantikan kakinya yang cacat.

Wanita berkenaan Andrea Martin, dari Clinton, yang menguruskan pusat penyelamat dan pemulihan ayam, mengeluarkan wang sendiri berjumlah RM9,500 bagi membiayai pembedahan tersebut.

Menurutnya, ayam itu diberi nama Cecily, dilahirkan dengan sebelah kaki yang cacat menyebabkan ia hanya boleh menggunakan sebelah kaki.

Melalui pembedahan itu, pakar bedah Emi Knafo akan memotong kaki kanan Cecily dan selepas 10 hingga 14 hari, kaki palsu akan dipasang.


Pembedahan itu difahamkan telah dijalankan di Sekolah Perubatan Haiwan Universiti Cummings, semalam.

Pembedahan serupa pernah dilakukan terhadap ayam jantan dan itik sebelum ini. - Kedahnews.com