Wawa Zainal Selamat Lahirkan Anak Kedua, Baby Girl Yang Comel..!


Tahniah Kedahnews.com ucapkan kepada pasangan selebriti ideal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal yang selamat menimang cahaya mata kedua, kelmarin.

Perkhabaran gembira itu disampaikan oleh Wawa Zainal yang berkongsi gambar bayi bersama keluarganya menerusi akaun Instagram.

“Helo baby girl.. tak sabar nak jumpa abang Attar esok. Ehem..belum ada nama untuk baby girl. Ada suggestion tak?” tulis Wawa Zainal.

Wawa Zainal yang terkenal menerusi filem 99 Kali Rindu sebelum ini dilaporkan telah selamat melahirkan bayi perempuan kira-kira jam 10.04 malam.


Pasangan ini yang bernikah pada 25 Februari 2012 dan mempunyai seorang lagi anak lelaki yang diberi nama Ahmad Fakharuddin Attar.

Sekali lagi tahniah Aeril dan Wawa. Semoga kelahiran bayi comel tersebut bakal menambahkan lagi seri dan kebahagian keluarga ini. -Kedahnews.com