HMAS SHEAAN, Kapal Selam Navy Australia Muncul Di Laluan Feri Pulau Pinang

HMAS SHEEAN
Orang ramai yang menjadi penumpan bagi perkhidmatan feri di Pulau Pinang pagi tadi terkejut besar dengan sebuah kapal selam yang tiba-tiba timbul di permukaan laut di antara di antara laluan utama feri di negeri berkenaan.

Muncul tanpa diduga di lokasi berhampiran dermaga Pelabuhan Awam Pulau Pinang, kapal selam berkenaan menjadi tumpuan ramai yang teruja untuk menyaksikan detik tersebut yang jarang-jarang berlaku di perairan negeri tersebut.

Memetik Utaranews.com, kehadiran kapal selam milik Tentera Laut Australia tersebut menjadi perhatian ramai rakyat Pulai Pinang khususnya penumpang Feri yang sedang berulang alik dari kawasan pulau ke tanah besar.


Selain itu, dilaporkan bahawa kapal selam HMAS SHEEAN berkenaan juga dikatakan telah mengadakan program latihan bersama Tentera Laut Malaysia yang melibatkan kapal selam "Scorpene" negara, KD Tunku Abdul Rahman, bermula 12 hingga 13 September lalu di Kota Kinabalu, Sabah.

Difahamkan bahawa kehadiran HMAS SHEEAN di perairan Pulau Pinang itu adakan bagi memberi peluang kepada anak-anak kapal berkenaan untuk berehat seketika dan pengurusan kapal selam berkenaan melakukan kunjungan hormat  kepada wakil Pegawai TLDM di negeri itu.


Dilaporkan bahawa kapal selam Australia itu baru tiba dari India dengan membawa kira-kira 60 anak kapal dan akan kekal di Pulau Pinang sebelum bertolak ke Telok Sepanggar pada 2 Oktober ini untuk latihan susulan ketenteraan di Sabah.

Selesai eksais di Kota Kinabalu nanti, HMAS SHEEAN dikatakan akan pulang terus ke pengkalan asalnya, Fleet Base West, di Australia. -Kedahnews.com