AirAsia Kembali Cabar Pesaing, Tawar 3 Juta Tempat Duduk Percuma

Gambar Hiasan
SEPANG - Syarikat penerbangan tambah murah, AirAsia kembali mencabar syarikat pesaingnya, termasuk dengan promosi tiga juta tempat duduk percuma yang boleh ditempah mulai 7 hingga 13 September bagi penerbangan mulai 1 Mac hingga 29 Oktober 2016.

Promosi itu menawarkan tempat duduk percuma (tidak termasuk cukai lapangan terbang, surcaj bahan api dan yuran lain) ke lebih 100 destinasi di 20 negara Asia dan Australia dengan pesawat AirAsia serta AirAsia X.

Ketua Pegawai Komersil Kumpulan AirAsia, Siegtraund Teh berkata, pada tempoh  permulaan 24 jam, anggota BIG AirAsia dan anggota kad ezpay AirAsia boleh menikmati penebusan penerbangan keutamaan untuk tempat duduk percuma itu masing-masing melalui airasiabig.com dan airasia.com.

Beliau berkata, orang ramai juga boleh berjimat sehingga 50 peratus dan lebih apabila mereka menempah hotel dengan tempat duduk percuma melalui AirAsiaGo.com.

"Kami berbangga menjadi perintis penerbangan kos rendah dan sekali lagi kami gembira untuk menawarkan tempat duduk percuma kepada tetamu kami," katanya dalam satu kenyataan yang dipetik dari mStar.

Teh berkata, sebagai sebuah kumpulan, AirAsia telah memperkenalkan sembilan laluan tahun ini, enam daripadanya laluan unik di mana hanya Kumpulan AirAsia mengendalikannya seperti dari Kuala Lumpur ke Pontianak, Goa, Kaohsiung, Sapporo dan Changsha.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan, orang ramai boleh mengunjungi laman sesawang AirAsiaGo.com.

Promosi dan aktiviti terkini AirAsia boleh diperoleh melalui Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia). -Kedahnews.com