Semoga puteri sulung Lisa-Yusri menjadi hamba Allah yang solehah dunia akhirat... |
Laporan yang mengumumkan tentang aktres kesayangan Malaysia, Lisa Surihani telah selamat melahirkan anak sulung nyata menggembirakan seluruh peminat industri seni.
Bagaikan memahami keinginan peminat yang sudah tidak sabar-sabar, akhirnya Yusry KRU dan Lisa Surihani bersedia untuk berkongsi gambar puteri sulung kesayangan mereka itu.
Gambar pasangan selebriti ini bersama bayi perempuan mereka disiarkan secara ekslusif oleh akaun rasmi Instagram program Hlive terbitan ASTRO.
Bagaimanapun wajah bayi itu hanya dipaparkan daripada pandangan sudut tepi.
Lisa selamat melahirkan bayi sulung seberat 3.4 kilogram di Pantai Medical Centre Bangsar, Kuala Lumpur pada 15 September lalu.
Lisa dan anaknya berada dalam keadaan sihat dan telah pun dibenarkan pulang ke rumah.
Difahamkan, pasangan popular ini bakal mengumumkan nama cahaya mata mereka selepas 7 hari.
Semoga kehadiran bayi ini bakal menambah seri dan kebahagian dalam rumah tangga Lisa dan Yusri. -Kedahnews.com