Aksi Gambar "Lentok" Dengan Amoi, Mat Sabu Enggan Komen


Mendakwa dirinya sedang sibuk berkempen keahlian bagi parti baru yang beliau ketuai, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung aksi panasnya dengan gadis dan wanita ketika berdemonstrasi jalanan baru-baru ini.

Mohamad atau lebih glamor dengan nama Mat Sabu dalam kenyataannya ketika ditanya media hanya mampu memberi jawapan yang tidak berjawapan.

“Buat masa ini saya tidak ingin ulas insiden bersentuhan wanita dalam BERSIH 4,” katanya mengulas mengenai insiden yang sedang viral di laman sosial itu.

Beberapa gambar tersebar secara meluas di laman internet memaparkan aksi gadis "tangkap lentok" di bahu Mat Sabu selain aksi berpegangan tangan dengan wanita Bersih dan ia menyebabkan ramai yang mencebik bibir pada bekas Timbalan Presiden PAS itu.


Semalam, turut dilaporkan media bahawa ketua pengiring Presiden Parti Amanah Rakyat itu yang dikenali sebagai Aris Awang telah tampil memohon maaf ekoran kejadian itu dan menjelaskan ianya berlaku di luar kawalannya.

Meskipun Aris memohon maaf, ramai warga netizen khususnya yang beragama Islam meluahkan pandangan mengatakan Aris tidak perlu mengawal tindak-tanduk Mat Sabu kerana hukum-hakam di dalam Islam telah sedia ada mengawal perilaku penganutnya.

Terkini, Mat Sabu dikatakan sedang berada di negeri Kelantan cuba mengajak rakyat di negeri itu menyertai parti yang beliau ketuai. -Kedahnews.com