Anak Hijjas Kasturi Jejas Nama Bapa, Ditahan Cetus Provokasi Di Majlis Dihadiri PM

Bilqis Hijjas
Siapa yang tidak kenal dengan seorang arkitek terkemuka negara yang berjaya menghasilkan rekabentuk menarik bagi beberapa bangunan ikonik di Malaysia di zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu.

Antara bangunan yang dikatakan telah menerima hasi sentuhan beliau ialah beberapa mercu tanda negara seperti Wisma Equity, bangunan Dayabumi, Menara Tabung Haji, Menara Telekom dan Stadium Shah Alam.

Bahkan boleh dikatakan beliau merupakan antara arkitek kegemaran kerajaan dan agensi kerajaan ketika negara ditabdir Tun Dr Mahathir.

Namun lain pula jadinya pada anak beliau, Bilqis Hijjas yang menerima padah apabila dia telah ditahan pihak polis gara-gara membuat provokasi murahan di sebuah majlis yang dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku semalam di tingkat bawah pusat beli belah Pavilion ketika pemimpin tertinggi negara itu hadir bagi perasmian Festival Kesenian Antarabangsa DiverseCity 2015.

Menurut laporan portal tempatan, belon-belon berkenaan yang mempunyai tulisan seperti ‘democracy’, ‘justice’ dan ‘free media’ itu dilepaskan Bilqis dari tingkat lima sebelum ia menarik perhatian kira-kira 200 tetamu yang hadir.

Namun demikian, ia hanya berlegar-legar di ruang udara sebelum terjatuh di kawasan belakang pentas dan kemudiannya dikutip pengawal keselamatan.

Seorang polis bantuan pula dikatakan naik ke tingkat atas untuk menjejaki suspek yang bertindak melepaskan belon-belon berkenaan. 


Dia kemudiannya dilaporkan ditahan dan disoal siasat oleh polis Dang Wangi.

Ketua Polis daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah mengesahkan insiden berkenaan dan berkata, pihak polis kini sedang membuat siasatan terhadap kejadian berkenaan.

“Terlalu awal untuk mendedahkan maklumat. Kami masih lagi menyiasat,” katanya yang dipetik dari Malaysian Digest semalam. -Kedahnews.com