Rumah tempat anggota bomba menembak mati isterinya sebelum dia memandu ke gudang bomba dan menembak dirinya. |
Califiornia - Seorang anggota bomba menembak mati isterinya yang bekerja sebagai timbalan syeriff Jabatan Syeriff Los Angeles sebelum menembak dirinya.
Kejadian berlaku malam tadi di rumah pasangan itu di sini. Ketika kejadian, anak lelaki mereka yang berusia enam tahun juga berada di rumah.
Menurut jurucakap jabatan itu, Sarjan Carmen Arballo, selepas menembak isterinya, anggota bomba itu membawa anak mereka ke rumah ibu bapanya dan memandu sejauh lebih 20 kilometer ke gudang jabatan bomba dan menembak dirinya.
Isterinya dikenali sebagai Cecilia Hoschet, 32, yang bekerja di bahagian tahanan manakala suaminya, James M Taylor, bekerja sebagai paramedik dengan jabatan bomba sejak lima tahun lalu.
Polis menerima panggilan telefon melalui talian 911 pada jam 9 malam dipercayai daripada Taylor memberitahu dia menembak isterinya dan akan menembak dirinya di gudang bomba. - AP