Bandar Ini Sudah 11 Tahun Jadi Bandar "Berhantu" Di Brisbane, Australia

Papan tanda di bandar Betoota
BRISBANE – Mungkin anda tidak pernah dengar nama Betoota, namun hakikatnya ia merupakan sebuah bandar langsung tiada penghuni selepas satu-satunya penduduk di situ, Sigmund Remienko meninggal dunia pada 2004.

Juga dikenali sebagai Simon dan berasal dari Poland, lelaki warga emas itu mengusahakan sebuah bar dan selama lima tahun, tidak ada setitik pun arak di bar tersebut yang telah dijual.

Selepas kematian lelaki Eropah tersebut dalam usia 88 tahun, bar miliknya itu didapati masih lagi menyimpan pelbagai stok arak dalam jumlah yang begitu banyak.

Selama berdekad-dekad, Betoota yang mula ditemui pada 1887 sebelum dibuka secara rasmi pada 1953 kemudian hanya menjadi bandar kepada Simon dan kini bandar itu lengang, seperti bandar berhantu.

Sigmund Remienko
Dia pernah memiliki Betoota Hotel yang dibelinya pada 1957 serta sanggup mengusahakan hotel klasik yang dibuka sejak 1880-an itu hingga bersara pada 1997 dan langsung menutupnya atas faktor kesihatan.

Betoota terletak sejauh 1,530 kilometer di barat ibu negeri wilayah Queensland, Brisbane dan 1,367 kilometer di utara ibu negeri wilayah Australia Selatan, Adelaide.

Bandar itu pernah ada sebuah balai polis dan mahkamah sejak 1895 namun ia ditutup pada 1928 kerana tiada kes. Betoota hari ini lebih dikenali menerusi karnival perlumbaan kuda akhir bulan Ogos setiap tahun.


Ketika Simon pernah ditemubual oleh akhbar tempatan The Age pada 2002, lelaki itu berkata, dia berasa gembira kerana masih menetap di bandar kecil tersebut, jadi tiada sebab baginya untuk berpindah.

“Sentiasa ada banyak kerja yang saya perlu lakukan di sini dan jika saya tidak menjaga diri saya sendiri, maka siapa lagi yang akan menjaga saya,’’ katanya. -Agensi