Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah |
ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melancarkan Buku Panduan Promosi Pengguna, “Shopper Saver” bagi membantu pengguna membuat pilihan bijak sebelum membeli.
Timbalan Menterinya, Senator Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata: “Kita mahu pengguna membuat analisis harga dan kualiti barangan sebelum membuat pembelian bagi mengatasi masalah manipulasi harga”.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Etika Jualan dan Kepenggunaan di Tesco Mergong, semalam.
Ahmad Bashah berkata buku yang diterbitkan oleh KPDNKK dan dikendalikan sepenuhnya oleh Syarikat IMPACWORKS turut menyertakan ruangan iklan.
Pengarah IMPACWORKS Sdn Bhd, Rizal Rejab berkata pelancaran edisi pertama sebanyak 20,000 naskah buku ‘Shopper Saver’ telah dicetak untuk pasaraya Tesco Mergong.
Setiap bulan katanya, IMPACWORKS akan menghasilkan dua keluaran melibatkan dua pasaraya berbeza. – BERNAMA