BUKAN sekali dua kita dengar aduan perihal pemandu bas ekspres memandu dalam keadaan bahaya dan melebihi had laju.
Sudah beberapa kali diberi amaran, masih juga ada pihak yang tidak mengambil pengajaran atas kesilapan kes-kes terdahulu.
Terbaru, seorang pengguna lebuhraya bertindak merakam aksi seorang pemandu bas ekpres yang memandu melebihi had laju yang dibenarkan.
Bagi membuktikan dakwaanya, si perakam memuat naik had laju kereta yang dinaikinya dengan bas berkenaan.
Menerusi rakaman video berdurasi 14 saat itu, ia jelas menunjukkan bas itu dipandu melebihi 130 kilometer sejam.
Walhal, kelajuan bagi kenderaan awam itu jauh melebihi had yang dibenarkan dan boleh mengundang masalah kepada pemandu ketika mengawal kenderaan ketika kecemasan.
Kadar kelajuan bagi bas ekspress di lebuhraya hanyalah dibenarkan tidak melebihi 90 kilometer sejam sahaja.
Kadar kelajuan bagi bas ekspress di lebuhraya hanyalah dibenarkan tidak melebihi 90 kilometer sejam sahaja.
Lebih mengejutkan, pemandu persis ‘raja pelesit’ ini dengan selamba memotong dan memandu ke lorong kanan.
Difahamkan, video ini dirakam kira-kira jam 8.30 pagi tadi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Bidor-Tapah, Perak.
“Video sebuah bas memandu melebihi had laju. Banyak sangat kes macam ni, ini antara punca kemalangan melibatkan bas ekspres.
“Mohon pihak berkuasa bertindak. 25 sept 2015.. BND 9711 . Sebarkan..,” tulis penggendali Facebook Friends of PDRM. -Kedahnews.com
Posted by Friends Of PDRM on Thursday, September 24, 2015