Ketika kanak-kanak lain menikmati sesi pembelajaran yang selesa lain pula ceritanya pelajar di Kampung Sidoharjo di sini yang terpaksa belajar di kandang kambing. |
PONOROGO – Ketika kanak-kanak lain menikmati sesi pembelajaran yang selesa lain pula ceritanya pelajar di Kampung Sidoharjo di sini yang terpaksa belajar di kandang kambing.
Kandang kambing itu terpaksa digunakan sebagai kelas kerana pelajar Taman Kanak-Kanak Tunas Bangsa berkenaan tidak mempunyai bangunan sendiri.
Walaupun terletak hanya lima kilometer dari bandar berdekatan tetapi keadaan sekolah itu sangat daif dan menyedihkan.
Pada setiap hari murid prasekolah berkenaan terpaksa menghidu bau busuk dengan suasana persekitaran yang sangat tidak sesuai untuk kesihatan.
Bagaimanapun, bagi murid dan ibu bapa, mereka tetap bersyukur kerana masih ada tempat untuk belajar dan menuntut ilmu.
Seorang penduduk, Evi Yuliana berkata, dia tidak kisah anaknya belajar di sekolah itu walaupun kadang kala sesi pembelajaran terganggu apabila ada kambing masuk ke kelas.
“Kami tiada pilihan kerana hanya sekolah ini yang ada untuk anak kami belajar,” katanya.
Guru sekolah itu, Katiasih memberitahu, dia terpaksa menggunakan kandang kambing untuk dijadikan kelas kerana tiada lokasi lain yang boleh digunakan.
“Kami terpaksa menumpang kandang kambing milik penduduk untuk dijadikan kelas,” katanya. – Agensi