Berita Baik: Samsung Lanjutkan Promosi Hebat Samsung Galaxy Note5..!

Samsung Galaxy Note5
Samsung Malaysia Electonics melanjutkan promosi menarik kepada pelanggan setianya yang mengambil bahagian dalam pelancaran Samsung Galaxy Note5 terbarunya.

Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, bermula pada 4 September ini, Samsung akan mengadakan pameran bergerak Galaxy Note5 di tiga lokasi utama terpilih.

Antara lokasinya ialah di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur (4 hingga 9 September 2015), Gurney Plaza, Pulau Pinang (4 hingga 6 September) dan Sutera Mall, Johor Bahru (4 hingga 6 September).

Selain itu, peminat Galaxy Note5 berpeluang menjadi pelanggan bertuah terawal yang menerima Tiket Golden bagi setiap pembelian unit kedua Samsung Galaxy Note5 pada harga separuh harga di ketiga-tiga lokasi.

“Promosi di Sunway Pyramid, Kuala Lumpur misalnya, terbuka kepada 100 pelanggan pertama yang membeli Galaxy Note5 akan menerima diskaun 50 peratus bagi pembelian unit kedua, manakala di Gurney Plaza dan Sutera Mall terbuka kepada 50 pelanggan pertama,” katanya.

Samsung turut memberi ganjaran kepada pengguna Galaxy Note menerusi kempen eksklusif bermula 4 September dan peminat Samsung juga boleh menukar beli telefon pintar mereka kepada jenama baru Samsung Galaxy Note5.

Pelanggan hanya perlu membawa telefon pintar mereka ke tiga lokasi pameran atau cawangan Samsung yang sah bagi menerima diskaun untuk pembelian Samsung Galaxy Note5 baru.

Sumber: myMetro