Bertudung Bukan Kerana Hendak Jual Tudung, Tak Fikir Pun.. - Jue Aziz

Jue Aziz
Jika diperhatikan semakin ramai selebriti wanita tempatan mula berhijrah ke arah lebih baik dengan menggenakan hijab seperti yang dituntut dalam ajaran Islam.

Sebilangan selebriti yang berhijrah itu pula kemudiannya tampil dengan jenama tudung rekaan masing-masing seperti mana yang sudah dilakukan oleh Neelofa, Uqasha Senrose, Yana Samsudin dan Hanis Zalikha (sekadar menyebut beberapa nama).

Terbaru, Jue Aziz pula dikaitkan kononnya bakal memulakan perniagaan tudung jenamanya sendiri selepas pelakon cantik itu mengambil keputusan untuk berhijab.

Walau bagaimanapun, tuduhan itu disangkar oleh Jue dan menjelaskan bahawa perkara itu tidak menjadi agendanya buat masa ini.

“Saya ada baca komen dan kritikan pihak-pihak yang menganggap saya bertudung atas sebab tertentu dan mereka kata saya mahu jual tudung.

“Saya tidak fikir pun untuk bisnes tudung, walau pun selepas bertudung sejak sebulan lalu banyak tawaran untuk saya menjadi duta produk tertentu,” katanya dipetik portal mStar.

Tidak dinafikan Jue kelihatan semakin manis sejak bertudung dan diharapkan aktres bersuara serak-serak basah ini akan terus istiqamah dengan penghijrahannya, insyaAllah. -Kedahnews.com