Alvin Tan |
Blogger porno yang diburu pihak berkuasa dan kini melarikan diri ke luar negara, Alvin Tan sekali lagi mencetus kontroversi apabila berhasrat untuk merogol anak gadis Timbalan Perdana Menteri, Nurulhidayah Ahmad Zahid.
Hasrat berkenaan yang dipercayai bertujuan melakukan provokasi terhadap anak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi itu adalah respon dari Alvin berkenaan kenyataan Nurulhidayah yang mengecam demonstrasi jalanan, Bersih 4 yang berlangsung di ibu negara baru-baru ini.
"Holy mother-f**king shit... My next goal in life is to f**k Zahid Hamidi's daughter, Nurulhidayah Ahmad Zahid.
"She's so f**king hot. Who gives a sh*t what she said about #Bersih4? She's probably right anyway. Anyone wants to join me for a double-penetration of this slut? (I'll take the anus okay, don't fight with me)", tulis Alvin Tan di laman Facebooknya, semalam.
Alvin sebelum ini diburu pihak berkuasa atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di bulan Ramadhan apabila menjemput berbuka puasa dengan menikmati juadah Bak Kut Teh yang sinonim dengan hidangan daging babi.
Melarikan diri ke luar negara, blogger lucah berkenaan seterusnya bertindak menghina azan dan Rasulullah SAW sehingga mencetus kemarahan umat Islam di Malaysia.
Alvin sebelum ini turut dikaitkan sebagai penyokong parti politik pembangkang, khususnya DAP. Namun tidak diketahui sejauh mana pembabitannya dengan parti politik berkenaan hingga kini.
Dia kini dikatakan sedang hidup mewah di luar negara, namun tidak dapat dipastikan dari mana sumber yang diperoleh untuk memiliki kehidupan yang agak senang di sana. -Kedahnews.com