Bront Palarae |
Pelakon Bront Palarae meminta peminat-peminat agar memberi sokongan terhadap kedua-dua filem lakonannya iaitu Jwanita dan Girlfriend Kontrak yang dikeluarkan pada tarikh yang sama iaitu 24 September.
Bront berkata, kedua-dua filem tersebut daripada genre berbeza dan mempunyai kekuatan tersendiri yang perlu ditonton oleh rakyat Malaysia terutama peminat-peminatnya.
"Dua filem ini saya mempunyai kekuatan tersendiri, Jwanita genre psiko seram, manakala Girlfriend Kontrak pula lebih ringan dan sesuai untuk semua lapisan umur.
"Saya harap peminat-peminat saya beri sokongan dan datang melihat lakonan saya pada dua-dua filem yang ditayangkan pada masa sama ini," ujarnya.
Bront berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana Girlfriend Kontrak, di Cinelesure, baru-baru ini.
Dalam pada itu, Bront yang memeggang watak Zain dalam filem Girlfriend Kontrak menberitahu dia diberi kebebasan untuk memberi idea bagi menghidupkan wataknya.
Bront bersama Fara Fauzana dan Risteena Munim. |
Kata Bront, dia turut mencipta sendiri punch line 'mencari jodoh' sebagai elemen jenaka yang diingati dalam filem tersebut.
"Perkataan mencari jodoh itu merupakan idea saya sendiri, ketika penggambaran itu saya fikir perkataan itu dilagukan dan sesuai diselitkan dalam adegan tertentu.
"Tidak sangka pula ia berjaya perkataan yang diingati oleh penonton," ujarnya.
Filem ini turut dibintangi barisan pelakon popular lain seperti Keith Foo, Ristina Muneem, Fara Fauzana, dan Azad Jazmin.
Girlfriend Kontrak arahan pengarah berasal dari Australia Viginia Kennedy, mengisahkan tentang seorang wanita bernama Alisa yang dilakonkan oleh Risteena Munim yang berhijrah ke bandar untuk menyelamatkan kelip-kelip yang terancam.
Dalam usaha tersebut, Alisa berhadapan dengan pelbagai cabaran apabila sering diganggu dengan niat jahat daripada Farrah (Fara Fauzana) dan Zain.
Filem ini ditayangkan bermula 24 September di seluruh pawagam tanah air.
Sumber: mStar