Bulu Terlalu Lebat 40 Kilogram, Bebiri Terpaksa Dicukur Juara Australia

Bebiri jenis Merino ini popular di Australia
Ian Elkins, juara empat kali pertandingan cukur bulu kambing biri-biri peringkat kebangsaan itu telah menyahut cabaran tersebut pada Khamis demi menyelamatkan sang bebiri daripada mengalami situasi kesihatan lebih teruk.

“Bulu terlalu tebal boleh menyebabkan bebiri sukar bergerak. Kami belum tahu berapa besar kesannya kerana ia sudah tumbuh cukup lama,” kata Tammy Ven Dange, Ketua Komuniti Pencegahan Kekerasan Haiwan (RSPCA).

“Banyak perkara buruk yang boleh menimpa binatang ternakan seperti ini. Kami pun tidak dapat mengetahuinya secara tepat berapa beratnya sehingga kami selesai mencukur habis bulunya itu dengan licin,” tambah Tammy.

Kambing yang tiada nama itu ditemui orang ramai sesat berkeliaran dekat Mulligan’s Flat di sini sebelum diselamatkan lima petugas RSCPA dan berat bulu haiwan tersebut dianggarkan mungkin mencecah 40 kilogram.

Beliau menambah, bebiri ini boleh mengalami kejutan ketika bulunya dicukur, justeru, kemungkinan besar haiwan itu akan terpaksa dibius terlebih dulu sehingga pengsan bagi memberi sedikit ketenangan daripada panik.

Sebelum ini rekod dunia untuk bebiri paling lebat bulu dipegang Shrek dari New Zealand dengan berat bulu 27 kilogram dan ia akhirnya meninggal dunia dalam usia 17 tahun pada 2011 lalu. – Agensi