Cerai Talak Tiga Auto Dengan Isteri: Dr Hatta "Bengang", Nafi Dakwaan MB Kelantan

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli 
Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli bagaikan marah apabila beliau dikatakan telah bercerai talak tiga dengan isterinya secara automatik setelah segaja menggugurkan keahlian dengan PAS dengan menyertai parti baru, Parti Amanah Rakyat.

Menafikan dakwaan tersebut, Dr Hatta menafikan kerasa dakwaan beliau telah bercerai dan mengherdik pihak yang membuat dakwaan itu sebagai cuba mengatur hidupnya.

"Tak betul semua tu (cerai talak tiga).

"Terima kasih dekat dia (Ahmad) kerana mengaturkan hidup saya. Tak ada apa pun.

"Biarlah. Dia tak ada urusan dengan keluarga saya," kata Hatta yang juga bekas pengarah pilihan raya PAS itu sebagaimana yang dipetik dari laman pro-pembangkang, Malaysiakini.com semalam.

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob
Sebelum itu, New Straits Times dalam laporannya melaporkan bahawa Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob mendakwa Dr Hattar kini secara automatik bercerai talak tiga dengan isterinya kerana meninggalkan PAS dengan menyertai PAN.

Ahmad dilaporkan berkata, penceraian talak tiga antara Dr Hatta dan isterinya itu adalah merujuk kepada bai'ah yang pernah beliau lakukan sebagai wakil rakyat PAS sebelum ini, dipercayai ketika PRU ke-13.

Meskipun begitu, ketika Dr Hatta ditanya mengenai bai'ah yang pernah beliau lakukan sebelum ini, beliau enggan mengulas lanjut dan hanya mengelak dari memberi jawapan yang jelas mengenainya.

"Dah banyak penulisan orang mengenai perkara itu (bai'ah). Biarlah, saya tak nak komen apa-apa," ujarnya lagi.

PAS sebelum ini mengaku bahawa semua calon parti mereka yang bertanding pada PRU ke-13 yang lalu telah melakukan sumpah bai'ah atas tujuan untuk menghalang mereka dairpada melompat parti.

Turut difahamkan bahawa PAS di setiap negeri mempunyai sumpah bai'ah masing-masing dan yang paling kontroversi adalah di Kelantan serta Terengganu yang dikatakan tergamak memasukkan klausa perceraian.

Malah, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga pernah dilaporkan berkata, wakil rakyat parti itu yang gagal mematuhi sumpah bai'ah perlu bersedia menerima laknat oleh Allah dan Rasulullah SAW.

Abdul Hadi dikatakan berkata bahawa lafaz sumpah taat setia kepada parti terkandung dalam bai'ah yang ditandatangani sebelum bersetuju menjadi calon atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu, sama ada menang atau kalah.

Isu sumpah bai'ah ini timbul ekoran beberapa wakil rakyat PAS yang tewas dalam pemilihan PAS baru-baru ini, telah membentuk Gerakan Harapan Baru (GHB) dan kemudiannya menubuhkan parti baru, PAN, yang diketuai oleh bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. -Kedahnews.com