David Beckham Ketawa Dikatakan Bakal Beraksi Jadi James Bond

David Beckham
Bekas bintang bola sepak antarabangsa yang sensasi, David Beckham menafikan dakwaan yang bertiup kencang mengatakan dia bakal menggantikan Daniel Craig sebagai James Bond terbaru.

“Saya dengar mengenai gosip ini beberapa hari lalu dan saya hanya mampu ketawa sahaja.

“Sudah pasti saya tidak akan menjadi The next James Bond. Saya tidak pernah memikirkan lakonan sebagai salah satu daripada cabang kerjaya saya,” katanya memetik ABC News.

Nama Beckham dikaitkan sebagai pengganti Craig dalam filem perisik Agent 007 itu selepas sebahagian besar peminatnya mencadangkan agar melantik bapa anak empat itu bagi watak terbabit.

Kontrak Craig selaku James Bond dikhabarkan bakal berakhir dalam jangka masa terdekat ini. -Kedahnews.com