DBKL Gesa 18,000 Peniaga Di Ibu Negara Mohon Lesen Segera


KUALA LUMPUR – Sejumlah 18,000 peniaga haram yang dikenalpasti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diminta mengemukakan segera permohonan lesen perniagaan atau berhadapan hukuman penjara setahun atau denda sehingga maksimum RM100,000.

Pengarah Eksekutif Sosio Ekonomi DBKL, Datuk Normah Malik menegaskan masalah peniaga haram ini dilihat semakin ‘naik minyak’ kerana terdapat peniaga menjalankan operasi di premis mereka secara haram lebih 10 tahun.

Hasil bancian mendapati sebanyak 18,000 daripada 88,000 perniagaan di 11 kawasan parlimen Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tidak mempunyai lesen perniagaan, katanya kepada pemberita pada sesi taklimat Operasi Pemutihan Lesen Perniagaan, di sini semalam. – BERNAMA