ALOR SETAR - Dewan Pemuda PAS Pusat mendesak pihak penganjur Bersih 4 supaya tampil memohon maaf dengan segera kepada PAS atas insiden beberapa peserta himpunan itu yang bertindak memijak gambar Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari yang membuat desakan itu lewat semalam menerusi laman Facebooknya bagaimanapun tidak memberikan sebarang bentuk tindakan yang akan diambil Dewan Pemuda PAS sekiranya kenyataan berbentuk amaran itu tidak diendahkan.
Kami menggesa penganjur BERSIH 4.0 segera tampil memohon maaf di atas insiden melampau, biadap dan provokatif yang dilakukan beberapa individu di dalam perhimpunan tersebut dengan memijak gambar Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sekiranya tiada pihak dari entiti BERSIH 4.0 tampil berbuat demikian dalam tempoh segera, adalah dikhuatiri penganjur BERSIH 4.0 dilihat merestui dan bersetuju dengan perbuatan tersebut.
Bagaimanapun, Ahmad Fadhli menegaskan bahawa pihaknya akan membuat laporan polis berkenaan insiden berkenaan di seluruh negara.
Namun beliau sempat memberi ingatan kepada ahli Pemuda PAS supaya tidak bertindak balas atas insiden tersebut selain dari membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan berkenaan kejadian itu. - Kedahnews.com
Takut betoi depa bila Melayu bersatu kat Malaysia ni..kan?Posted by Kedahnews.com on Monday, August 31, 2015