Guna Plastik Terbuang Hasilkan Karya Seni Yang Menarik

Seni dari plastik terbuang
Jika tangan sememangnya tangan berseni, apa sahaja yang dibuat pasti akan kelihatan menarik dan cantik!

Perkara ini menjadi inspirasi seorang pelukis dari Afrika Selatan, Mbongeni Buthelezi yang mendapat ilham untuk menghasilkan karya seni menggunakan serpihan plastik sampah yang dikutipnya.

Berpaksikan motto hidup “I collect rubbish and create something beautiful from it, that’s what we can do with ourselves and our lives.” (Saya mengumpul sampah dan cipta sesuatu yang cantik daripadanya, macam itu juga kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian kita), karya seni miliknya unik dan lain dari yang lain.


Dalam lukisannya, Buthelezi kebanyakan mengambil elemen sejarah orang Afrika, potret manusia dan imej abstrak.

Dakwa pelukis ini, setakat ini hanya dia sahaja sahaja dari seluruh dunia yang menggunakan plastik terbuang dalam menghasilkan ‘masterpiece’. -Kedahnews.com

art2
art3

art4