Guru Cantik Sering Jadi "Bahan" Guru Lelaki Dan Anak Muridnya...


Gara-gara rupa parasnya yang dikategorikan sebagai cantik, seorang guru muda di sebuah sekolah menjadi tarikan dan kerap "dibahan" oleh rakan-rakan sejawat yang menggelarnya sebagai “Professor Beauty”.

Guru itu, Bei Mei Xie berusia 22 tahun dilaporkan adalah seorang guru baru di Huli Middle School di Xiamen, China. 

Dia ditugaskan sebagai guru kelas bagi murid-murid sekolah kelas ke-2  dan dipertanggungjawabkan untuk mengajar mata pelajaran muzik untuk pelajar-pelajar kelas 1 di sekolah tersebut. 

Difahamkan bahawa memandangkan dia pernah mengikuti kelas tari ketika menuntut di sebuah universiti tempatan, maka Mei Xie juga turut disuruh mengajar tarian tradisional dan moden kepada murid-muridnya.

Ironinya, setiap Mei Xie mengajar di kelas seni, mara -murid-muridnya selalu bising dan tertawa. 

Peliknya, guru-guru lain tidak pula mempedulikan tentang murid-murid yang bising dan mencetus kekecohan dalam bilik darjah itu. 

Malah, dilaporkan bahawa beberapa orang guru sempat berhenti untuk melihat bagaimana Mei Xie mengajar di kelas di mana dia dikatakan mampu mengendalikan murid tanpa perlu menengking dan memarahi mereka.


Walau Mei Xie dilabel hanya mempergunakan kecantikan dirinya dalam teknik mengajar, namun ia tidak dinafikan berkesan dan memberi cabaran pada guru-guru lain.

Misalnya, tahap kehadiran murid di kelasnya amat tinggi!

Begitulah cerita tentang guru cantik bernama Mei Xie yang sering menjadi perhatian guru dan murid di sekolahnya. 

Namun kami percaya, di negara kita juga mempunyai cikgu cantik yang setanding dengan Mei Xie dan viral diperkatakan tentangnya di laman-laman sosial termasuklah Cikgu Aishah, bukan? -Kedahnews.com