#Haji1436H: KPN, Dr. MAZA Antara Tetamu Dipilih Allah, Turut Jadi Tetamu DiRaja Saudi

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin 
Tahniah buat Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang dipilih Allah SWT sebagai tetamu agungnya apabila dijemput untuk menunaikan ibadah di "rumahNya" pada musim ini.

Tidak sahaja dapat melaksanakan rukun Islam kelima malah mereka berdua adalah antara hamba Allah yang terpilih menjadi tetamu Diraja kepada Raja Arab Saudi Salman Abdul Aziz pada tahun ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Asri atau lebih sinonim dengan gelaran Dr. MAZA menerusi laman Facebooknya.


“Hari ini masuk hari ketiga saya di Mekah untuk menunaikan haji. Kami dalam program Tetamu Haji Raja Salman bin Abdul Aziz.

“Teman sebilik saya ialah Tan Sri Khalid Abu Bakar, ketua polis negara. Menarik juga berbual dan bertukar-tukar pengalaman dengan beliau

“Persepsi mungkin tidak sama dengan realiti. Tanggungjawab dan tugas masing-masing menanggungnya untuk negara tercinta,” ujar Dr. Maza.

Difahamkan, Khalid dilantik sebagai ketua rombongan Malaysia manakala Dr. MAZA pula sebagai mufti haji.

Turut bersama dalam program tetamu Raja Arab Saudi tahun ini adalah Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim yang bertindak selaku timbalan ketua rombongan.

Dr. MAZA turut berkongsi beberapa gambarnya bersama Khalid di Tanah Suci. -Kedahnews.com