Harga Petrol Turun 10 Sen, Diesel 15 Sen Untuk September 2015


KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON95 dan RON97 turun 10 sen, mulai 1 September.

Harga baru bagi RON95 turun kepada RM1.95 seliter, berbanding RM2.05 pada Ogos.

Harga bagi RON97 pula berkurangan daripada RM2.45 kepada RM2.35, mulai tengah malam ini.

Harga bagi diesel juga mengalami penurunan 15 sen, daripada RM1.95 pada Ogos, kepada RM1.80. – Berita Harian