Jika sebelum ini Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit di dalam lima babak di dalam filem Kapsul, kini mantan Perdana Menteri dilihat lebih santai apabila bernyanyi mendendangkan lagu berduet di atas pentas dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin.
Dalam satu rakaman video yang dikongsikan oleh seorang netizen, Tun M begitu "sporting" menyanyikan lagu popular klasik kegemarannya, ‘My Way’ bersama Siti dalam sebuah majlis di Dewan Pedana Felda pada 11 September, baru-baru ini.
My Way merupakan "lagu wajib" Tun M, yang asalnya dinyanyikan oleh penyanyi lagenda, Frank Sinatra.
Difahamkan majlis berkenaan adalah anjuran alumni bekas pelajar Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, di mana Tun M merupakan salah seorang bekas pelajar sekolah tersohor di Kedah itu.
Apa-apa pun, kami kagum sekejap melihat kebolehan mantan perdana menteri yang berjaya membawakan pitch suara dan vokal yang baik ketika menyampaikan lagu tersebut meskipun dalam usianya yang kini sudah menjangkau 90 tahun. -Kedahnews.com