Hentikan Cerita Karut Konspirasi Di Media Sosial - Keluarga Morais

Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan Pejabat Peguam Negara, Anthony Kevin Morais
PETALING JAYA – Keluarga kepada Anthony Kevin Morais meminta orang ramai supaya berhenti menyebarkan teori konspirasi berhubung kehilangan Timbalan Ketua Bicara Dan Rayuan Jabatan Peguam Negara itu.

Abangnya, Datuk Richard Morais berkata, mereka sekeluarga amat terganggu dengan beberapa perkara berkaitan dengan Morais yang tersebar di media sosial.

“Saya berharap semua orang di luar ana dapat menghentikan teori konspirasi mengenai bagaiman dan bila adik saya hilang.

“Ia merupakan waktu yang sukar buat kami sekeluarga jadi saya berharap orang ramai dapat memahaminya dan tidak mengambil kesempatan terhadap perkara ini,” katanya pada Selasa.

Richard berkata, orang ramai perlu membiarkan pihak polis untuk melakukan siasatan.

“Saya pasti mereka akan mendapat jawapan. Saya percaya polis dapat menemui adik saya,” katanya.

Morais dilaporkan kali terakhir dilihat pada Jumaat lepas, meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta, Kuala Lumpur untuk ke pejabatnya di Putrajaya.

Beliau dikatakan memandu Proton Perdana milik kerajaan berwarna kelabu dengan nombor pendaftaran WA6264Q. – The Star