Himpunan Rakyat Bersatu Hasil 14 Resolusi, Akan Serah Kepada PM

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang berucap pada Himpunan Rakyat Bersatu di Padang Merbok petang semalam mengumumkan senarai 14 resolusi hasil perhimpunan raksasa itu bakal dihantar kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Usul-usul yang mengandungi 14 perkara itu turut dibacakan satu persatu oleh beliau yang juga merupakan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan resolusi himpunan pada hari ini iaitu, mempertahankan demokrasi yang luhur, memupuk masyarakat cintakan perpaduan, mempertahankan kestabilan dan menolak perkauman.

“Selain itu, kita juga menolak campur tangan orang asing dalam hal ehwal negara, menolak himpunan Bersih yang tidak beradab, terus bersatu menyokong kerajaan yang dipilih rakyat, menyokong kerajaan menghadapi masalah ekonomi, mempertahankan kesatuan milik bumiputera, mempertahankan prinsip-prinsip Rukun Negara dan menolak politik berunsurkan fitnah,” katanya.


Berikut adalah ringkasan usul-usul yang diumumkan pada akhir perhimpunan itu:

1. Mempertahankan demokrasi yang luhur.

2. Memupuk perasaan hormat bangsa Malaysia.

3. Rakyat bersatu mempertahankan kestabilan agama.

4. Rakyat bersatu menolak cauvinis ala DAP.

5. Menolak campur tangan asing dalam hal ehwal negara.

6. Rakyat Bersatu menolak Bersih 1 hingga 4.

7. Rakyat bersatu menolak penghinaan negara Islam iaitu agama rasmi kerajaan persekutuan.

8. Mendukung kerajaan dalam menghadapi krisis ekonomi.

9. Mempertahankan hak Bumiputera dan rakyat Malaysia serta hak semua kaum di Malaysia.

10. Mempertahankan kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

11. Mempertahankan prinsip Rukun Negara.

12. Rakyat bersatu menolak politik fitnah terancam terhadap kepimpinan negara.

13. Menolak usaha gulingkan kerajaan.

14. Mengembalikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). 

- Kedahnews.com