Tracey Fidler dari Reading, United Kingdom bakal dipenjarakan sekiranya anaknya tidak hadir ke sekolah lagi selepas ini. |
Seorang ibu, Tracey Fidler "diugut" akan dipenjarakan jika dia gagal memastikan anaknya untuk hadir ke sekolah selepas menerima amaran dari badan peundangan di United Kingdom.
Menurut Tracey yang tinggal di Reading, anak lelakinya, Adam tidak mahu pergi ke sekolah sejak kematian bapanya, Kris Jarvis, yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada Februari lalu.
Sejak kematian bapanya, Adam tidak mahu menjejakkan kaki ke sekolah sebaliknya hanya mahu berkepit dengan ibunya sahaja.
Mengulas mengenai tingkah laku anaknya itu, Tracey berkata, “selepas insiden yang mengorbankan suami saya, Adam merasa sedikit trauma. Dia tidak mahu berpisah dengan saya sebab takut tidak akan berjumpa dengan saya lagi.”
Sehubungan itu, sebanyak 4,000 orang telah menandatangani petisyen agar dakwaan terhadap Tracey digugurkan oleh pihak pendakwaraya memandangkan dia bukan sengaja tidak mahu membenarkan anaknya ke sekolah.
Keputusan sama ada Tracey bakal dihadapkan ke penjara atau tidak, hanya akan diketahui pada 9 Oktober ini. -Kedahnews.com