Diaz menimbulkan kemarahan ramai dikatakan cuba mengeksploitasi dan mengajar anaknya yang baru berusia dua tahun dengan aksi yang tidak bermoral. |
NEW YORK – Seorang wanita yang menjadi penghibur jalanan mencetuskan kemarahan penduduk tempatan apabila dia bergambar dalam keadaan separuh bogel dengan payudara diwarnakan hitam bersama-sama anak perempuannya yang turut berpakaian sepertinya.
Aksi tidak bermaruah Maria Diaz itu menyaksikan dia hanya memakai skirt hitam dan melukis bahagian atas badannya, manakala anaknya yang baru berusia dua tahun turut dipakaikan sedemikian rupa.
Video kedua-dua beranak itu di Times Square di pusat bandar raya terbesar Amerika Syarikat tersebut telah dirakamkan oleh seorang lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Batman.
“Tiada siapa yang mahu bergambar dengan mereka berdua. Ramai yang terkejut melihat penampilan kedua-dua beranak berkenaan,’’ kata Batman kepada akhbar tempatan.
Bagaimanapun Maria tidak berada lama di situ selepas polis datang menghentikan persembahannya dan meminta dia memakaikan anaknya baju.
Selepas berbuat demikian, Maria dilihat terus meninggalkan tempat berkenaan. -Agensi